Tuesday, May 28, 2013

SUKAN ALAT PERPADUAN

SERINGKALI ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberikan sokongan walaupun di depan televisyen ataupun di pelbagai lokasi strategik seperti kedai makan.

Baik sukan bola sepak Piala Dunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol dan Itali; lumba kereta F1, dan bola keranjang; penyokongnya bukan sekadar di stadium atau litar perlawanan tetapi juga ditonton merata dunia. Ini menunjukkan setiap sukan ada penyokong dan peminatnya.
Sukan Olimpik juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan negara turut bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil negara tercinta, Malaysia. Bergegarnya ruang di luar kadang-kadang lebih meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti turut menjadi keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.

Sekiranya ia diadakan di Malaysia, saya percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun Khairul Anuar mahupun Mohd. Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd. Khalid, Nur Suryani Mohd. Taibi dan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam sembilan acara sukan di London 2012.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa.

Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.

Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun seringkali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing.

Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir-urus berbeza.

Sukan diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ia merupakan medium perpaduan negara dan ia dekat dengan diri beliau yang gemar sukan bola sepak. Najib pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 1986 sehingga 1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam proses membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat.

Dasar Sukan Negara yang menjadi asas memurnikan dan memakmurkan dunia sukan terbentuk sewaktu Najib memimpin Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau juga menjadi 'penggerak' dalam mengkaji semula fungsi Majlis Sukan Negara untuk melahirkan atlet bermutu dan berkualiti. Beberapa insentif dan skim diperkenalkan termasuklah untuk jurulatih, atlet dan staf sebagaimana menyediakan biasiswa sukan dalam dan luar negara. Ini tidak ketinggalan program di peringkat sekolah seperti program Kem Bakat dan Tunas Cemerlang untuk mengenal pasti kebolehan bersukan dari peringkat awal lagi.

Penglibatan Najib dalam sukan bersifat menyeluruh. Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan beliau. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'.

Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.

Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Sumbangan Najib diiktiraf di dalam negara apabila menerima Anugerah Emas Kepimpinan SAM-Benson & Hedges 1983 sebagai menghargai sumbangan dalam dunia sukan.

Najib juga pernah dianugerahkan Ijazah Kehormat Sains Sukan dari Akademi Sukan Amerika Syarikat kerana kewibawaan serta usaha berterusan untuk meningkatkan tahap pembangunan sukan tempatan dan antarabangsa sepanjang mentadbir Kementerian Belia dan Sukan.

Peranan kepimpinan arus perdana amat penting dalam menerokai alam sukan sebagai alat perpaduan di samping nilai komersial lain. Yang nyata, sokongan berterusan ke atas sukan akan membolehkan kepelbagaian negara turut menjadi tumpuan. Ia boleh dibangunkan sebagai satu industri yang membawa pulangan besar kepada negara dalam jangka panjang terutama dalam sektor pelancongan dan pelaburan.

Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melangkaui zaman dengan memperkenalkan litar kereta F1 di Malaysia, menjadi penganjur lumba basikal Tour de Langkawi, mengelilingi dunia dengan kapal layar, dan pendakian Gunung Everest; menyemarakkan semangat 'Malaysia Boleh'. Imej negara terpapar di seluruh dunia dan kesemua ini hanya dapat dilakukan jika negara terus kekal stabil, masyarakatnya tidak terhakis semangat jati diri dan berjiwa Malaysia.

Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya.

Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.

Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

Apa gunanya atlet memiliki keupayaan dan kecergasan tetapi permusuhan dalam organisasi menyebabkan atlet hilang motivasi dan keazaman. Keistimewaan seseorang dalam sukan jangan disekat hanya kerana kepentingan diri ke atas kedudukan dalam organisasi.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh.

Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'.
Misalnya, anugerah Kalung Perpaduan kepada Kelab Sukan Sportsunite oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan tahap penerimaan ke atas konsep Satu Malaysia.

Yang penting adalah usaha menganjurkan karnival sukan termasuklah badminton, hoki, futsal, bola sepak, boling, bola jaring, ping pong, taekwando, bola keranjang dan kabadi. Perpaduan sebegini boleh diperpanjangkan ke dalam kehidupan harian kita.

Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu Matlamat'.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.
Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

Apabila Chong Wei melangkah masuk ke gelanggang badminton pertandingan akhir sukan Olimpik, apakah yang mahu kita lihat; bukankah kejayaan memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik?

Sokongan padu dan harapan setiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh beliau kerana Chong Wei bukan sekadar mewakili dirinya tetapi beliau juga menjunjung semangat jati diri 28 juta populasi Malaysia.
Beliau dan atlet lain adalah milik Malaysia sebagaimana kita mempunyai tanggungjawab mempertahankan apa sahaja yang boleh mengancam keselamatan negara, biarlah 'yang ringan sama dijunjung, yang berat sama dipikul' kerana kita rakyat Malaysia. Ia boleh dimanfaatkan secara berterusan melalui sukan.

SUKAN MASSA

SUKAN MASSA

Sukan untuk Semua (Sukan Massa)

Sukan  untuk  semua  bertujuan  untuk  mengekalkan  dan  meningkatkan  tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan  untuk  menggalakkan  penyertaan  yang  lebih  luas  dan  bukan  semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua?
Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik  dan  menyeluruh  untuk  memelihara,  mengubah  atau  memperbaiki kekurangan-kekurangan  dalam  sesuatu  sistem  sosial.  Sukan  Massa  merupakan usaha  untuk  melibatkan  masyarakat  dalam  sukan  secara  sukarela  dan memanjangkan  kepada  semua  lapisan  dalam  masyarakat.  Sukan  Massa  juga
bertujuan  menyedarkan  masyarakat  terhadap  faedah-faedah  sukan  kepada pembangunan kesihatan, sosial, psikologi,  pendidikan dan kebudayaan. Oleh  itu  Sukan  Untuk  Semua  (Sukan  Massa)    adalah  satu  usaha  menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti  fizikal kepada  rakyat Malaysia.   Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)  bertujuan membentuk masyarakat Malaysia  yang    cergas  dengan mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua  (Sukan Massa)  adalah  untuk membentuk  satu masyarakat Malaysia  yang sihat  secara  menyeluruh  dan  membina  satu  masyarakat  bersatu-padu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

Konsep
Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)  merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan.  Dengan  kata  lain  Sukan  Massa  mengajak  seluruh  lapisan  masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini  juga  perlu  dilakukan  secara  berterusan  sepanjang  hayat  hingga menjadikannya suatu gaya hidup.

Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua  (Sukan Massa)  terdiri daripada berbagai aktiviti  contohnya :
sukan, (bola sepak, badminton, sepak  takraw dan  lain-lain),
kecergasan, (jogging, berjalan kaki,  taichi dan  lain-lain),
outdoor  (mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara).


Kegiatan  sukan boleh merangsang pembinaan  suatu masyarakat  yang  cergas dan proaktif  di  samping merupakan  suatu  alat  yang  berkesan  ke  arah  perpaduan  dan semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

Matlamat
Sukan  Untuk  Semua  (Sukan  Massa)  melalui  konsep  Malaysia  Cergas  adalah bermatlamat  untuk  menimbulkan  kesedaran  di  kalangan  masyarakat  Malaysia tentang  pentingnya  kesihatan  yang  boleh  dipupuk  melalui  kegiatan  fizikal  dan rekreasi.  Kesedaran  ini  akan menimbulkan minat  dan  akan  terus  dipupuk melalui pendidikan  sukan.  Langkah  ini  akan merangsang  lagi  penyertaan  dalam  kegiatan
sukan,  rekreasi  dan  kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua  (Sukan Massa) juga  ingin  membentuk  satu  imej  Nasional  yang  akan  menjadikan  masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'.

Monday, May 27, 2013

JENIS-JENIS SUKAN

PERMAINAN SUKAN DALAMAN (INDOOR GAMES)

Futsal
Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.
 Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

Futsal
Gimnastik
Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan teras Negara.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia di dalam lingkungan belasan tahun.
Seperti acara sukan yang lain, sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun berpasukan.Dari segi pemarkahan pula,ianya adalah subjektif di mana jumlah markah adalah berdasarkan kepada penilaian pengadil.
Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa terutama sukan Sea. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas berirama berpasukan.
Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama Negara. Antara nama –nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur,perahu layar yang mengelilingi dunia secara solo, Datuk Malik maiden, renang yang mana merentasi Selat Inggeris. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.
 Salah satu aksi menarik dalam sukan gimnastik
Renang
Seperti mana olahraga,sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas,gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.
Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.
Nurul Huda memenangi acara renang pada Sukan SEA 1989.
Skuasy
Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.
Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.
Nicol Ann David melangkah penuh bergaya dalam set setiap perlawanan skuasy.
Bowling
Sukan Bowlingjuga merupakan antara sukan yang popular di negara kita. Sukan ini boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau pun secara berpasukan yang terdiri daripada empat dan tiga orang(trio).
Sukan ini juga sememangnya telah menjadi pengharum nama Negara di mana atlit-atlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan antarabangsa seperti di sukan Asia, Komenwel dan sukan Sea. Kejayaan paling manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di Busan.Tokoh di dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah pun diasuh semenjak kecil lagi.

Bowling
Badminton
Selain daripada bolasepak,sukan badminton juga adalah merupakan jenis sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yangdimainkan di Negara kita. Boleh dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-nama besar dalam sukan ini seperti China, Indonesia dan Korea.
Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain bagi permainan perseorangan dan empat orang bagi permainan beregu.Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan “umpire”.Manakala garisan gelanggan akan dijaga oleh empat orang yang di namakan penjaga garisan.Jumlah mata bagi acara lelaki ialah 15,manakala bagi acara perempuan pula ialah 11 mata.Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu “deuce”.Terdapat dua set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set ketiga jika jika kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set.
Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak dahulu lagi.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan Asia dan juga Sukan Sea.
Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.Antaranya ialah adik-beradik Sidek iaitu Jalani,Misbun,Razif dan Rashid.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.
Badminton
Ping Pong
Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. Pada awalnya sukan ini juga dikenali sebagai gossima, flim-falm atau ping-pong.
Sukan ini telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar Eropah menamakanya semula sebagai table tennis dalam tahun 1920an. Tidak lama kemudian, sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan negara Asia yang lain.
Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an dan 60an, kemudian China juga menyertainya. Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti Sweden and Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan.
Ping pong permainan yang memerlukan stamina yang kuat


PERMAINAN SUKAN LUAR ( OUTDOOR GAMES)

Hoki

Hoki adalah merupakan acara sukan yang dimainkan secara berpasukan dan memerlukan kerjasama secara berpasukan yang kuat.Ianya terdiri daripada beberapa orang pemain yang bermain di setiap bahagian seperti penjaga gol,pertahanan,tengah dan penyerang.Selain itu,permainan hoki juga memerlukan kayu hoki dan bolanya sendiri. Dari segi pencapaian pula,pasukan Negara kita adalah merupakan negara yang agak sederhana jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India dan Pakistan. Tokoh di dalam sukan hoki bagi negara kita ialah S.Kuhan dan juga Minarwan Nawawi.
hoki
Hoki permainan yang menguji daya kekuatan fizikal
Olahraga


Olahraga adalah merupakan sukan yang mana di dalamnya terdapat beberapa lagi acara sukan seperti acara larian 100 meter,200 meter,110 meter berpagar, lompat jauh,lempar cekera,lompat kijang,lontar peluru,dan lompat tinggi. Sukan olahraga adalah dilakukan secara perseorangan dan peraturan dari setiap acara adalah berbeza dari acara lain.
Olahraga juga telah memberikan sumbangan yang membanggakan kepada pasukan olahraga Negara.Sejak dari dahulu lagi,negara kita telah pun berjaya menjadi “kuasa besar” di dalam sesetengah acara seperti acara lompat pagar 110 meter di mana negara kita telah pun berjaya mendominasi acara tersebut sejak Nur Herman Majid. Tidak lupa juga atlet 100 meter Negara yang pernah mendominasi acara ini di peringkat asia seperti datuk Dr. M Jagatnesen dan Rabuan Pit.
lumba-lari
Lumba lari berpagar salah satu jenis permainan ini

Bola Sepak

Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. Justeru itu,tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai iaitu dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Sukan bola sepak adalah dimainkan oleh 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa posisi yang digunakan di dalam sukan ini, iaitu, penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang. Jumlah pemain di setiap posisi adalah bergantung kepada strategi yang digunakan oleh setiap pasukan. Contohnya ialah 4-4-2 yang bermakna empat orang pemain pertahanan,empat orang pemain tengah dan dua orang penyerang. Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih.
Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanahair yang dikenali liga Super,liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab. Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier, piala Sumbangsih, dan piala FA. Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990.

Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa sekarang dalam sukan bola sepak agak kurang membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana kita pernah melayakkan diri ke sukan Olimpik. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina, Negara kita cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Terdapat beberapa orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan juga Santokh sigh.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan. 
bola-sepk2
Sukan Bola Sepak sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri
Ragbi
Ragbi dikatakan "a fast-paced, evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.  Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.
Ramai mengenali ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak. Namun, ianya adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. Ramai juga beranggapan sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
ragbi2
Ragbi    (Sumber gambar: AP)
Tenis

Tenis adalah sebuah permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta beregu campuran.  Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.
tennis
 Sukan Tenis banyak melahirkan bintang-bintang sukan terkemuka dunia.


SUKAN LASAK (EKSTRIM)


Go-Kart
Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-kart yang semakin mencabar. Namun begitu, dalam merekabentuk sebuah go-kart yang lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan.
Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh pihak penganjur.
Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. Proses pembuatan prototaip go-kart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu dicipta. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan methodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran. Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu sendiri. Seterusnya pemasangan , pengubahsuaian, ujipandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan.
go_kart
Go Kart semakin menjadi tarikan kepada golongan remaja.
Terjun Bungee 
Ia juga dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin digemari dewasa ini, khususnya para belia.
Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik.
Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut, beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun 1980an lagi.
Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat.
bungee2
Terjun Bungee aktiviti lasak yang mencabar
Paintball
Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal begitu cepat sekali
Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain. Bertentangan dengan sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran.
paintball
Paintball merupakan sukan yang makin diminati pada masa kini.

KEPENTINGAN SUKAN

            


Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM
Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.



Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara.  Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.

KEPENTINGAN SUKAN KEPADA EKONOMI

Sejak kebelakangan ini peranan sukan semakin penting kepada negara. Sukan memberi manfaat kepada kelompok masyarakat yang bernaung di bawahnya. Kini aktiviti sukan telah mengalami zaman peralihan fungsi asalnya iaitu memberi kesihatan kepada tubuh badan, bertukar menjadi kegiatan fizikal yang dipertandingkan untuk mencapai kemenangan. Memang pada asalnya sukan dikatakan boleh memberi tubuh badan yang sihat, tetapi kini telah menjadi aset sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran. Hal ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu apabila diajukan soalan seperti siapakah kuasa bola sepak dunia? Negara manakah mengungguli sukan bola keranjang, enis, skuasy, hoki, dan badminton? Ternyata sukan dapat membantu negara mengharumkan namanya di persada dunia. Malaysia kini lebih dikenali oleh masyarakat dunia kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, hoki dan skuasy. 

Dari segi ekonomi pula, sukan telah membuka satu lagi hubungan erat antara sukan, media, dan syarikat pengiklanan. Syarikat-syarikat televisyen berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi penaja utama. Hal ini menunjukkan sukan dapat menjana ekonomi menerusi pengiklanan sesuatu barangan. Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan segenap lapisan masyarakat. Hal ini tidak menghairankan kerana kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik telah menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, saling memahami, dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Apabila saling bertemu di gelanggang permainan, akan mengurangkan perasaan prasangka yang selama ini mencacatkan perpaduan kaum.
 

Selain itu, jalinan politik antara negara juga dapat diperkukuh dengan pelbagai temasya sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA, dan tidak kurang temasya skan di peringkat kebangsaan seperti SUKMA. Bagaimanapun kita tidak dapat lari dari pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah dalam pertandingan asalkan kita menang dalam pembangunan politik,ekonomi, dan sosial. Tetapi itu cakap-cakap sedap mulut, namun pada realitinya apabila menyertai sesuatu acara sukan pasti mahukan kemenangan. Oleh itu, sukan membentuk keyakinan kepada diri sendiri untuk memperoleh kejuaraan.

Perkara yang diperkatakan ialah penglibatan sukan di peringkat nasional dan antarabangsa. Bagi sukan di peringkat sekolah, sukan berjaya memanfaatkan masa yang terluang daripada mengisi masa dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak atau bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Malah, sukan sebagai alat melepaskan tekanan selepas penat mengulang kaji pelajaran. Tetapi yang kita kesal ialah ramai pelajar yang berbakat dalam sukan tidak memperoleh galakan daripada ibu bapa disebabkan ibu bapa lebih mengutamakan pelajaran. Akhirnya bakat yang besar hilang begitu sahaja. Ada yang ibu bapa memberi dorongan dan sokongan penuh, tetapi anak yang sering dimanjakan tiada kesungguhan untuk meningkatkan prestasi diri. Pendek kata, sikap tidak berani menghadapi cabaran menyebabkan remaja berpotensi tidak mampu berani bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Wednesday, May 22, 2013

SEJARAH SUKAN

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.

Sukan yang telah wujud sekurang-kurangnya dua setengah ribu tahun dahulu termasuk "hurling" (menyerupaki "field hockey") di Ireland Silam, "harpastum" (sama seperti Rugbi di Rom Silam, cuju (sama seperti persatuan bolasepak) di China Silam, dan polo di Parsi Silam. Permainan bola Mesoamerika wujud lebih tiga ribu tahun dahulu.

Terdapat peninggalan dan struktur yang mencadangkan bahawa orang-orang Cina terlah terbabit dengan aktiviti sukan se awal 4000 BC. Giminastik kelihatan merupakan sukan yang popular dalam sejarah silam China. Peringatan kepada Firaun menunjukkan sejumlah sukan termasuk berenang dan mengail, adalah popular dan mempunyai peraturan beberapa ribu tahun dahulu di Mesir purba. Sukan Mesir lain termasuk melontar lembing, lompat tinggi dan gusti. Sukan Persia Silam seperti seni mempertahankan diri tradisi Iran, Zourkhaneh mempunyai kaitan rapat dengan kemahiran berperang. Antara sukan lain termasuk yang berasal dari Persia adalah polo dan tombak ("jousting").





Friday, May 17, 2013

Apa Itu Sukan ?



Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
  • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
  • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
  • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.