Monday, May 27, 2013

KEPENTINGAN SUKAN

            


Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM
Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.



Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara.  Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.

19 comments:

  1. trimas bro . copy sikit . hihi

    ReplyDelete
  2. tq bro, banyak info tentang sukan ni. Sukan memang penting sebagai sumber ekonomi negara juga. Kalau orang tak bertenaga pun cari minuman sukan macam 100 plus tu. Padahal orang xde tenaga tu x pernah bersukan pun. hehe

    ReplyDelete
  3. complete...isi lain dari yg lain. thankz

    ReplyDelete
  4. complete...isi lain dari yg lain. thankz

    ReplyDelete
  5. Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
    Terima kasih, Busarakham.

    ReplyDelete