Monday, May 27, 2013

JENIS-JENIS SUKAN

PERMAINAN SUKAN DALAMAN (INDOOR GAMES)

Futsal
Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.
 Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

Futsal
Gimnastik
Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan teras Negara.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia di dalam lingkungan belasan tahun.
Seperti acara sukan yang lain, sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun berpasukan.Dari segi pemarkahan pula,ianya adalah subjektif di mana jumlah markah adalah berdasarkan kepada penilaian pengadil.
Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa terutama sukan Sea. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas berirama berpasukan.
Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama Negara. Antara nama –nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur,perahu layar yang mengelilingi dunia secara solo, Datuk Malik maiden, renang yang mana merentasi Selat Inggeris. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.
 Salah satu aksi menarik dalam sukan gimnastik
Renang
Seperti mana olahraga,sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas,gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.
Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.
Nurul Huda memenangi acara renang pada Sukan SEA 1989.
Skuasy
Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.
Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.
Nicol Ann David melangkah penuh bergaya dalam set setiap perlawanan skuasy.
Bowling
Sukan Bowlingjuga merupakan antara sukan yang popular di negara kita. Sukan ini boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau pun secara berpasukan yang terdiri daripada empat dan tiga orang(trio).
Sukan ini juga sememangnya telah menjadi pengharum nama Negara di mana atlit-atlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan antarabangsa seperti di sukan Asia, Komenwel dan sukan Sea. Kejayaan paling manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di Busan.Tokoh di dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah pun diasuh semenjak kecil lagi.

Bowling
Badminton
Selain daripada bolasepak,sukan badminton juga adalah merupakan jenis sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yangdimainkan di Negara kita. Boleh dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-nama besar dalam sukan ini seperti China, Indonesia dan Korea.
Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain bagi permainan perseorangan dan empat orang bagi permainan beregu.Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan “umpire”.Manakala garisan gelanggan akan dijaga oleh empat orang yang di namakan penjaga garisan.Jumlah mata bagi acara lelaki ialah 15,manakala bagi acara perempuan pula ialah 11 mata.Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu “deuce”.Terdapat dua set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set ketiga jika jika kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set.
Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak dahulu lagi.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan Asia dan juga Sukan Sea.
Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.Antaranya ialah adik-beradik Sidek iaitu Jalani,Misbun,Razif dan Rashid.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.
Badminton
Ping Pong
Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. Pada awalnya sukan ini juga dikenali sebagai gossima, flim-falm atau ping-pong.
Sukan ini telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar Eropah menamakanya semula sebagai table tennis dalam tahun 1920an. Tidak lama kemudian, sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan negara Asia yang lain.
Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an dan 60an, kemudian China juga menyertainya. Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti Sweden and Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan.
Ping pong permainan yang memerlukan stamina yang kuat


PERMAINAN SUKAN LUAR ( OUTDOOR GAMES)

Hoki

Hoki adalah merupakan acara sukan yang dimainkan secara berpasukan dan memerlukan kerjasama secara berpasukan yang kuat.Ianya terdiri daripada beberapa orang pemain yang bermain di setiap bahagian seperti penjaga gol,pertahanan,tengah dan penyerang.Selain itu,permainan hoki juga memerlukan kayu hoki dan bolanya sendiri. Dari segi pencapaian pula,pasukan Negara kita adalah merupakan negara yang agak sederhana jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India dan Pakistan. Tokoh di dalam sukan hoki bagi negara kita ialah S.Kuhan dan juga Minarwan Nawawi.
hoki
Hoki permainan yang menguji daya kekuatan fizikal
Olahraga


Olahraga adalah merupakan sukan yang mana di dalamnya terdapat beberapa lagi acara sukan seperti acara larian 100 meter,200 meter,110 meter berpagar, lompat jauh,lempar cekera,lompat kijang,lontar peluru,dan lompat tinggi. Sukan olahraga adalah dilakukan secara perseorangan dan peraturan dari setiap acara adalah berbeza dari acara lain.
Olahraga juga telah memberikan sumbangan yang membanggakan kepada pasukan olahraga Negara.Sejak dari dahulu lagi,negara kita telah pun berjaya menjadi “kuasa besar” di dalam sesetengah acara seperti acara lompat pagar 110 meter di mana negara kita telah pun berjaya mendominasi acara tersebut sejak Nur Herman Majid. Tidak lupa juga atlet 100 meter Negara yang pernah mendominasi acara ini di peringkat asia seperti datuk Dr. M Jagatnesen dan Rabuan Pit.
lumba-lari
Lumba lari berpagar salah satu jenis permainan ini

Bola Sepak

Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. Justeru itu,tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai iaitu dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Sukan bola sepak adalah dimainkan oleh 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa posisi yang digunakan di dalam sukan ini, iaitu, penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang. Jumlah pemain di setiap posisi adalah bergantung kepada strategi yang digunakan oleh setiap pasukan. Contohnya ialah 4-4-2 yang bermakna empat orang pemain pertahanan,empat orang pemain tengah dan dua orang penyerang. Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih.
Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanahair yang dikenali liga Super,liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab. Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier, piala Sumbangsih, dan piala FA. Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990.

Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa sekarang dalam sukan bola sepak agak kurang membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana kita pernah melayakkan diri ke sukan Olimpik. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina, Negara kita cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Terdapat beberapa orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan juga Santokh sigh.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan. 
bola-sepk2
Sukan Bola Sepak sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri
Ragbi
Ragbi dikatakan "a fast-paced, evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.  Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.
Ramai mengenali ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak. Namun, ianya adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. Ramai juga beranggapan sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
ragbi2
Ragbi    (Sumber gambar: AP)
Tenis

Tenis adalah sebuah permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta beregu campuran.  Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.
tennis
 Sukan Tenis banyak melahirkan bintang-bintang sukan terkemuka dunia.


SUKAN LASAK (EKSTRIM)


Go-Kart
Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-kart yang semakin mencabar. Namun begitu, dalam merekabentuk sebuah go-kart yang lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan.
Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh pihak penganjur.
Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. Proses pembuatan prototaip go-kart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu dicipta. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan methodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran. Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu sendiri. Seterusnya pemasangan , pengubahsuaian, ujipandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan.
go_kart
Go Kart semakin menjadi tarikan kepada golongan remaja.
Terjun Bungee 
Ia juga dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin digemari dewasa ini, khususnya para belia.
Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik.
Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut, beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun 1980an lagi.
Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat.
bungee2
Terjun Bungee aktiviti lasak yang mencabar
Paintball
Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal begitu cepat sekali
Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain. Bertentangan dengan sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran.
paintball
Paintball merupakan sukan yang makin diminati pada masa kini.

No comments:

Post a Comment